PREPARATION MELANGSUNGKAN MAJLIS PERKAHWINAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kawan-Kawan.. Disini aku nak ceritakan serba sedikit preparation yang aku buat menjelang majlis perkahwinan aku nanti. Pejam celik dah tinggal sebulan je lagi aku bakal berkahwin. Jadi aku nak share sedikit bajet yang aku spent untuk majlis perkahwinan ini. Aku detailkan semua perkara dibawah yaa.... DEWAN Majlis aku nanti nikah dan sanding akan di buat di dewan. Pagi aku nikah lepastu terus dengan majlis sanding. Buat sehari semua bagi settle lebih mudah dan jimat. Dewan abah aku dah tempah dewan dekat Putrajaya. Abah staff Perbadanan Putrajaya jadi abah dapat discount 70% harga staff. Tapi syaratnya hanya anak-anak dia sahaja yang kahwin. Kalau abah tolong tempah untuk orang lain itu tidak boleh sama sekali. Untuk harga selepas discount dalam RM1,000.00 lebih. Harga asal RM4,000.00 lebih rasanya. Ini aku tak berapa pasti sebab abah yang sponsor untuk dewan. Untuk makluman, majlis kahwin aku ni banyak yang di sponsor sebab aku buat sekali s...