PREPARATION MELANGSUNGKAN MAJLIS PERKAHWINAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kawan-Kawan..
Disini aku nak ceritakan serba sedikit preparation yang aku buat menjelang majlis perkahwinan aku nanti. Pejam celik dah tinggal sebulan je lagi aku bakal berkahwin. Jadi aku nak share sedikit bajet yang aku spent untuk majlis perkahwinan ini. Aku detailkan semua perkara dibawah yaa....
- DEWAN
Majlis aku nanti nikah dan sanding akan di buat di dewan. Pagi aku nikah lepastu terus dengan majlis sanding. Buat sehari semua bagi settle lebih mudah dan jimat. Dewan abah aku dah tempah dewan dekat Putrajaya. Abah staff Perbadanan Putrajaya jadi abah dapat discount 70% harga staff. Tapi syaratnya hanya anak-anak dia sahaja yang kahwin. Kalau abah tolong tempah untuk orang lain itu tidak boleh sama sekali. Untuk harga selepas discount dalam RM1,000.00 lebih. Harga asal RM4,000.00 lebih rasanya. Ini aku tak berapa pasti sebab abah yang sponsor untuk dewan. Untuk makluman, majlis kahwin aku ni banyak yang di sponsor sebab aku buat sekali satu majlis dengan abang aku. Jadi sebab itu parents banyak akan sponsor sebab dua anak nak kahwin. - CATERING
Untuk Catering bab ini paling penting dan utama sebab catering yang main peranan penting bagi menjayakan sesuatu majlis. Jadi untuk catering kebetulan dekat area rumah aku tu ada, then abah terus tempah kat situ jela. Di bawah aku list kan perkara-perkara yang datang dari pakej catering ini.
Catering - NH Muhibbah Catering
Alamat : No 12, Jalan 3/1, Bandar Teknologi Kajang, 43500 Kajang, Selangor
Pakej : Perkahwinan Dewan
Bilangan pax : 1000 pax
Jumlah : RM 13,750.00
Menu Asas :
Nasi Beriani 80%
Nasi Putih 20%
Ayam masak merah
Daging Masak Hitam
Dalca
Papedom
Acar Buah
Buah Oren/Tembikai
Air Cordial Sirap
Teh Tarik
Bubur pulut hitam
4 jenis Kuih
Menu Makan Beradab :
1 Ikan Siakap Masak 3 Rasa
1 Set Ayam Bakar
1 Set Udang Panjat
Buahan (Ukiran & Gubahan)
Dewan :
1 Set Meja Beradab
7 Set Meja VIP
30 Meja Bulat 10 Pax
300 Kerusi
Kerusi Plastik (Bersarung&Riben)
2 Set Buffet Station
1 Meja Kek
1 Meja Hadiah
1 Meja Dessert
Pelamin :
Hiasan Pelamin Lengkap 30kaki
1 Set Baju nikah L+P (Hanya untuk aku)
2 Set Baju Sanding L+P + makeup
Arch
Red carpet
Percuma :
PA System
Kek 2 Tingkat
So pakej yang dia bagi lengkap siap baju sanding & makeup untuk aku dan abang aku. Dah tak perlu nak pening-pening cari semua, dah lengkap catering bagi. MURAH BUKAN ?? Tapi sebenarnya harga yang catering ini bagi ikut budi bicara owner. Kalau korang pandai deal maka nya dapat la harga yang korang nak. Sebab pakej ini bukan la pakej promosi. Ini semua atas budi bicara pihak catering itu sendiri. Harap maklum ... Ohh yaa, Catering ni untuk makluman Ibu Abah yang sponsor untuk kami. Jadi aku dan abang aku tak keluarkan duit untuk tempah catering.
- KAD KAHWIN
Okay untuk kad kahwin pulak aku hanya berurusan secara online. Aku bukan la seorang yang suka berjumpa orang. Aku lebih prefer berurusan secara online sahaja. Aku tak pergi ke kedai untuk membuat tempahan. Semuanya secara online ye kawan-kawan. Kad pun di post ke rumah terus. Refer bawah untuk detail pakej kad kahwin aku.
Tempahan Di Website : Kad Kahwin Lovely
Bilangan Kad : 500pcs
Saiz Kad : Poskad 4' x 9'
Harga : RM259.00
Pakej Kad Kahwin Lengkap
1. Kad Kahwin Warna penuh
2. Sampul Surat 500pcs
3. Banting 2 Keping
4. Penunjuk Arah 3 Keping
5. Ready mad TQ Card Sticker
6. Replika Kad Cek Kahwin Kosong 2 Keping
7. 5 Button Badge
8. Prop Perkahwinan
9. Kad Kahwin online
10. Banner
11. Free Masuk Gambar
12. Free Design Kad Kahwin Lovely
13. Free Artworksa
Add on - 85pcs Button Badge (RM1 per pcs)
Total RM 259 + RM 85 + RM 20 (Postage) = RM 364.00
Penerangan untuk step tempahan adalah seperti berikut :
Step 1 - Tempahan
Pertama sekali, korang kena buat tempahan kat website Kad Kahwin Lovely.
Before buat tempahan tu, make sure korang dah tahu apa yang korang nak. Then masa tempah tu tinggal isi je.
Step 2 - Bayar Deposit
kedua, lepas dah submit tempahan. Akan ada wakil dari KKL yang email korang untuk confirmation, bila dah confirm KKl akan minta bayar deposit dulu.
Step 3 - Perbincangan
Deposit selesai baru boleh discuss berkenaan design apa yang korang nak. Apa-apa yang korang request semua pihak KKL akan ikut. Aku berhubung dengan dorang by email tau. Setiap kali KKL hantar contoh draf tempahan kad semuanya by email. Kalau nak by whatsapp korang kena request laa kot.
Step 4 - Mencetak
Bila semuanya dah setuju dan berpuas hati, korang kena bayar full payment baru KKL akan proceed mencetak kad kahwin korang. Proses tak lama, dalam seminggu je dah settle cetak.
Step 5 - Penghantaran
Kad kahwin dah siap KKL akan post atau kita datang collect dekat kedai dorang. - DOORGIFT
Untuk doorgift Alhamdulillah sedara-mara tongtong duit untuk sponsor. Ini memang tradisi keluarga kami. Siapa yang akan berkahwin, kami akan collect duit sama rata untuk sponsor doorgift. Jadi part doorgift settle.
- HANTARAN DULANG
Hantaran dulang ni aku sewa je. Satu dulang RM 15.00. Aku tempah untuk 7 dulang. Jadi total RM 105.00 . Boleh tengok di instagram dsuri_creations. Untuk barang-barang letak kat dulang kami beli sendiri-sendiri. Barang aku, aku beli. Barang tunang, dia beli sendiri. Senang. - GOODIES BAG (UNTUK PIHAK KELUARGA SEBELAH)
Untuk goodies ni aku prepare dalam 200 bag. Kami bajet 100 orang dari family pihak tunang aku dan 100 bag untuk family pihak tunang abang aku. Barang ni semua aku pi cari kat Nilai 3 je. Semua ada. Aku senaraikan seperti di bawah.
Kedai - Kraftangan Thank-Q Sdn Bhd
Paper Bag - RM11.90 per packet (10pcs)
= RM11.90 x 20 packet
= RM 238.00 (dapat discount 20%)
= RM 190.40 (Total)
Souvenier - Aku beli set sudu garfu untuk letak dalam goodies
1 packet ada 20 set sudu garfu. Aku ambil 10 packet.
RM 39.00 per packet
= RM 39.00 x 10 packet
= RM 390.00 (dapat discount 20%)
= RM 312.00 (Total)
Bunga Telur - Dalam beg pun akan letak satu bunga telur. Ini aku beli kat kedai lain.
Nama Kedai : Nilai 3 ZC Sdn Bhd
= RM 1.40 - 1 Pcs
= RM 1.40 x 200 Pcs
= RM 280.00 (Total)
Selain souvenir dan bunga telur, aku akan letak cake dan air mineral. Cake tu aku ambil 200pcs dari doorgift (which is yang sedara mara aku sponsor tu). Air mineral boleh je beli dekat supermarket terdekat. Yang mineral aku belum beli lagi. Nak dekat majlis nanti baru beli. - PHOTOGRAPHER
Photographer aku ambil pakej dari The Love Maker Production. Boleh tengok dekat Instagram atau facebook dia. Gambar semua lawa-lawa habiss wehh. Aku dapat harga RM1,500.00 sebab photographer tu member tunang aku. So dapat harga member2 la kan. Harga sebenar rasanya RM1,800.00.
Pakej dari Photograhper : Nikah & Sanding
1 Professional Photograher
1 Outdoor Session (Same Day)
1 Exlusive Album 10X12 20 Pages
1 Large Frame Size 16X24
Unlimited Pictures
All Softcopy Photo
All Edited Photo - BAJU FAMILY
Untuk baju family ini akan pakai masa majlis nanti. Biasa la kan family akan pakai baju warna sedondon untuk melambangkan mereka adalah keluarga pengantin. So untuk baju perempuan aku beli online je. Boleh tengok dekat Instagram bysongket.rtw . Dorang jual macam2 jenis songket. Memang rambang mata nak pilih. Aku beli baju jenis kain songket. Sepasang RM 99.00 aku beli 5 pasang untuk Ibu, Kaklong, Acik, Ain & Aleya. Bagi lelaki pulak aku beli dekat PrimaValet. kebetulan PrimaValet buat promosi baju melayu sepasang RM50.00 masa bulan 3 hari tu. So aku pun beli laa untuk Abah dan adik beradik lelaki. Aku beli 4 pasang untuk Abah, Banglong, Iwan & Adam.
Perempuan - RM 99 x 5 = RM 495.00
Lelaki - RM 50 x 4 = RM 200.00
Total = RM 695.00 - BAJU BRIDESMAID
Untuk bridesmaid ni aku beli untuk semua sepupu perempuan. Aku beli kain pasang dekat Nagoya. Bridesmaid total ada 7 orang dan aku belikan jugak kain untuk adik2 sepupu untuk dorang buat baju dress.
Kain Kosong - RM 9.80 Per Meter
= RM 9.80 x 27.50 meter
= RM 269.50
Kain Bunga - RM 12.80 Per Meter
= RM 12.80 x 16 meter
= RM 204.80 (discount 10%)
= RM 184.32
So Itu jelaa yang aku nak share sikit-sikit bajet aku untuk majlis kahwin. Ada lagi yang aku ta sempat nak share. In Shaa Allah, lepas majlis nanti kalau aku rajin aku share lagi dan tunjuk gambar-gambar kat korang. Doakan semoga perjalanan Majlis nanti dipermudahan. Aamiin. OKAY BYEEE..
Casino 2021 Review & Bonus Code - JtmHub.com
ReplyDeleteJTV Casino is a 구리 출장샵 gambling site that 김해 출장샵 welcomes gamblers. 안산 출장마사지 This is the site that offers the best in gambling. Casino review & bonus code.Minimum Deposit: INR10,000Welcome Bonus: 200% 거제 출장안마 up 양산 출장마사지 to C$1000 + 100 FS