KURSUS KAHWIN PUTRAJAYA SENTRAL
Assalamualaikum & Hi uollsss..
Aku nak cerita sikit pengalaman aku masa buat kursus kahwin dekat Putrajaya Sentral pada bulan Februari hari tu. Selagi aku tak buat kursus kahwin ni selagi tu aku rasa macam tak tenang dengan ibu aku duk bebel2 bila nak buat. So aku pun buat laa.. Aku stay Kajang tapi aku pilih untuk buat kat Putrajaya sebab aku tak jumpa kursus area Kajang dekat google. Mungkin ada tapi aku yang tak jumpa agaknya. Kursus ni pun tunang aku yang handle. Aku just follow je. So kami pun decide la ke Putrajaya Sentral. Kat bawah ni aku nyatakan sedikit information.
Kursus Kahwin Putrajaya Sentral :
Alamat : Level P3, Park & Ride, Putrajaya Sentral, Presint 7, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Hari Kursus : Sabtu & Ahad
Masa Kursus : 2 hari
Yuran : RM120.00
Pejalanan semasa kursus kahwin :
SABTU -
8.30am - 9.00am - Pendaftaran
Masa datang tu, korang kena isi borang yang dorang sediakan di depan bilik kursus. Dan korang kena bawa salinan ic sebab dorang akan minta nanti. Lepas dah isi borang, korang masuk bilik kursus tu dan buat pembayaran dalam tu. Then dorang akan bagi satu fail yang dalamnya ada satu buku "Gerbang Perkahwinan", sebatang pen dan Jadual Kursus kahwin. So nanti korang just refer je jadual yg dorang dah bagi tu. Waktu rehat semua ada dinyatakan dalam jadual tu. Lepas dah buat pembayaran, korang boleh pilih seat. Make sure datang awal, kalau datang awal korang boleh pilih seat yang korang nak. Macam aku datang pukul 8.45am tu pun bahagian2 depan dah full, so aku dapat seat belakang. Then lepas daftar tu korang boleh keluar nak pi breakfast ke toilet ke tapi 9.30am nak kena masuk balik dalam bilik kursus tu. Tunang aku ni jenis kena breakfast kalau tak mood dia barai. Dia pulak jenis kerja shift malam, balik 3 / 4 pagi. Kena pulak pi kursus awal pagi. Lebih baiklah aku isikan perut dia dulu sebelum dia mengamuk.
9.30am - 11.00am - Tassawur Islam
Jam pertama ni Ustazah yang bagi ceramah. Dia banyak cerita pasal isu semasa berkaitan perkahwinan. Ustazah ni best sebab dia banyak buat lawak. So time ni aku tak mengantuk langsung, duk gelak jee.
11.00am - 1.30pm - Tanggungjawab Suami Isteri / Majlis Akad Nikah Dan Walimatulurus
Okay time ni Ustaz yang bagi ceramah. Ustaz ni pun boleh tahan melawak juga. Tapi dia jenis suka soal2 juga. So be prepare je kayyy. Time ni pun aku tak mengantuk sebab ustaz asyik buat kelakar jee.
1.30pm - 2.30pm - Solat Zohor / Makan Tengahari
Time rehat ni makanan disediakan. Masa aku pergi tu lauk dia kari ayam, sayur kubis, ikan masin, sambal belacan, buah tembikai dan paling special is Kambing Bakar. Kambing bakar dia serious sedapp gilaaa.
Okay next lepas makan, aku dgn tunang pi solat cepat2 sebab tunang aku ni barai sangat time tu. Lepas solat tu aku suruh dia tidur kejap dalam kereta. Dapat laa dia tidur setengah jam.
2.30pm - 4.30pm - Perkahwinan Dan Prosedur Perkahwinan
Masuk ke petang badan dah lemau sikit, kali ni ustaz yang bagi ceramah tu pulak macam bosan sikit. Tapi sebenarnya bab ni penting, bab ni la macam mana korang nak isi borang nikah dan hantar di mana semua. Make sure kena bagi perhatian walaupun agak mengantuk. Tunang aku elok je dia tidur time ni. Sekarang bila nak isi borang dah terkial-kial. Jawabnya tunang aku ni terpaksa refer Ustaz ni balik mana perkara yang tak berapa pasti masa nak isi borang nikah, tunang aku just whatsapp je ustaz tu. Kebiasaannya akhir ceramah nanti penceramah akan share no telefon dorang untuk korang contact mana yang ta faham.
4.30pm - 5.00pm - Solat Asar / Minum Petang
Minum petang disediakan kuih dua jenis, donut dan karipap beserta air Teh o. Time ni kitaorang agak rushing sebab waktu singkat sangat. Waktu asar lambat pulak time tu. 4.50pm baru azan. Jadi sebelum masuk azan kitaorang dah pergi surau. Time Azan je kitaorang terus solat.
5.00pm - 7.00pm - Pengurusan Kesihatan Keluarga
Bila dah petang ni badan lagi lemau wehh, penceramah perempuan dari KKM. Cerita berkaitan kesihatan semua la. Pasal rokok, dadah, pemakanan dan dll. Ngam2 pukul 7 habis. So dah habis boleh la balikk.
AHAD -
9.00am - 11.00am - Komunikasi Suami Isteri dan Pengurusan Kewangan
Yang ini ceramah berkaitan duit la. Macam mana kau nak manage duit sebelum dan selepas kahwin nanti. Waktu ni pun agak mengantuk sebab penceramah bosan sikit.
11.00am - 11.30pm - Minum Pagi
Minum pagi dorang sediakan nasi goreng, mee goreng dan teh O. Time ni aku sorang je makan. Tunang aku dah makan, aku bekalkan dia roti telur, nugget, sosej dan nescafe panas. Ni semua aku buat sendiri kayy. Awal2 lagi aku dah isi kan perut dia supaya mata dia segar masa ceramah nanti. Yang bekal tu tunang aku je yg makan sebab aku tak rasa nak makan. Tapi bila dalam bilik kursus aku kamain lapar lagi. Tu yang masa break aku makan.
11.30am - 1.00pm - Pengurusan Stress Dan Konflik
Bahagian ni dia ajar cara macam mana nak kawal emosi supaya tak terjadi penceraian. Dekat Malaysia ni dah terlalu banyak kes cerai-berai. Jadi dorang bagi kursus ni supaya kadar penceraian berkurang.
1.00pm - 2.30pm - Pembubaran Perkahwinan
Ini adalah bahagian terakhir untuk kursus perkahwinan. Dorang akan ajar cara-cara penceraian yang betul. Kalau boleh elakkan la cerai berai ni.
2.30pm - TAMAT
Selesai la kursus kahwin. So sijil kursus korang akan siap dalam masa 2 - 3 hari. Lepastu korang boleh datang semula untuk collect sijil korang. Kalau korang duduk jauh, dorang akan post kan sijil korang tu dengan charge RM10 tak silap la. SEKIANN.
salam. nak tanya.. dkt mana ye awak daftar utk hadir kursus tu under putrajaya? Tq
ReplyDelete